fbpx

Amerose Super Cereal lengkapi sarapan pagi yang berkhasiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk keluaran WRS Global Empire yang membantu menambah khasiat dalam pengambilan sarapan pagi para pelanggannya.

PETALING JAYA – Menyedari kepentingan mengambil sarapan pagi dalam amalan hidup masyarakat masa kini membuatkan ramai yang suka mengambil makanan segera untuk mengalas perut bagi memenuhi aktiviti harian samada di pejabat, sekolah atau di premis perniagaan.

Namun dalam kesibukan tersebut, ada juga yang tidak menyedari bahawa sarapan pagi ala segera itu akan mendatangkan impak negatif terhadap tahap kesihatan untuk jangka masa panjang.

Sehubungan itu, syarikat WRS Global Empire yang berpangkalan di Shah Alam telah melancarkan Amerose Super Cereal untuk memenuhi keperluan masyarakat untuk menikmati sarapan pagi yang berkhasiat dan mudah untuk dimakan.

Pengasas syarikat, Rosnah Abdul Aziz berkata, kajian dan pembangunan yang dilakukan terhadap produk bijirin yang telah dilancarkan di pasaran pada suku pertama tahun ini mampu memberi manfaat sampingan positif kepada tahap kesihatan kerana ia dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti kurma, madu, delima, aprikot, ubit bit dan biji chia.

 “Produk ini bersesuaian untuk dimakan oleh kanak-kanak berusia dua tahun hingga warga emas, rasanya enak meskipun tidak memiliki kandungan gula,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau menerangkan, produk yang memuatkan 10 sachet dalam satu kotak dijual pada harga RM39 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Kami menjangkakan produk ini mampu terjual sehingga 5,000 kotak sebulan pada masa depan ekoran aktiviti promosi yang dilaksanakan selain sokongan daripada pengedar di seluruh negara.

“Bagi mencapai nilai tersebut, kami mahu menambah lagi rangkaian pemasaran dengan melantik lebih ramai dropship yang membolehkan mereka mengaut pendapatan sampingan setiap bulan,” jelasnya.

Rosnah berharap, prestasi jualan di pasaran domestik akan memberi inisiatif kepada syarikat untuk melebarkan rangkaian hingga ke luar negara. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI