fbpx

Ameera Khan dilamun cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMEERA KHAN

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi topik bualan netizen dalam media sosial apabila berkongsi tangkap layar yang memaparkan perbualan romantis bersama seorang lelaki.

Menerusi perkongsian InstaStorynya, lelaki tersebut meluahkan rasa rindu selain ingin melihat wajah Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan itu.

Malah, jejaka tersebut turut memuji kecantikan Ameera dengan mengatakan adik kepada Neelofa itu adalah gadis paling cantik dalam dunia.

“Awak adalah gadis paling cantik dalam dunia ini,” balas lelaki tersebut selepas menerima dua keping swafoto daripada Ameera.

Bagaimanapun, Ameera tidak mendedahkan siapa pengirim mesej yang membuatkan hatinya berbunga itu sebaliknya meletakkan ‘A’ beserta emoji ‘love’ sebagai nama panggilan.

Rentetan itu, netizen berpendapat bahawa Ameera sedang angau dilamun cinta dan berada dalam fasa bahagia hidupnya

“Wah akhirnya awak sudah ada teman lelaki, tiba masanya untuk awak bahagia dengan insan tersayang,” komen seorang pengikut.

Terdahulu, Ameera pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak asal Indonesia, Jefri Nichol.

Dakwaan tersebut semakin kuat apabila Ameera baru-baru ini dilihat sedang membuat panggilan video bersama Jefri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI