fbpx

Elak diperdaya janji visa furada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MEKAH – Tabung Haji (TH) menggesa orang ramai yang ingin menunaikan haji menggunakan visa furada supaya melakukannya dengan syarikat diiktiraf supaya tidak terpedaya dengan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, saban tahun ada sahaja insiden kumpulan individu mengimpikan untuk ke Tanah Suci terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan sudah banyak peringatan diberikan.

Katanya, jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak itu mungkin meningkat kerana pada tahun lalu sahaja jumlah tertinggi penipuan mencecah sehingga RM80,000 seorang.

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri yang dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh menerusi Tabung Haji.

“Mungkin ketika ini sedang berlegar iklan dan promosi di media sosial menawarkan penerbangan ke Tanah Suci menggunakan visa furada seiring dengan wukuf yang semakin hampir.

“Orang ramai diminta berhati-hati dan meneliti setiap tawaran bagi mengelak ditipu. Walaupun visa bukan dalam kuota rasmi Malaysia tetapi ia tertakluk kepada budi bicara dan hak mutlak Arab Saudi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Syed Saleh, TH hanya mengiktiraf 22 buah syarikat sebagai pengelola jemaah haji yang layak menggunakan visa tersebut dan maklumat itu boleh didapati di laman web TH.

Tambahnya, syarikat tidak diiktiraf itu juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta TH 1955 (Akta 535) walaupun berjaya membawa jemaah menunaikan haji menggunakan visa tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI