fbpx

Cuaca panas jejas ternakan ikan sangkar di lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (dua dari kiri) dan Ahmad (dua dari kanan) meninjau gerai pameran akuakultur di Karnival MyAP dan MyKP Zon Timur di Tok Bali, Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

PASIR PUTEH – Cuaca panas melampau yang berlaku sejak lebih dua bulan lalu menyebabkan 22 penternak ikan di Selangor, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan mengalami kerugian kira-kira RM438,500.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, keadaan cuaca ketika ini menjejaskan produktiviti ternakan ikan selepas berlaku perubahan suhu air, serangan penyakit dan kerosakan sangkar.

Menurutnya, pihak Jabatan Perikanan masih meneruskan usaha memantau dan mengumpul data kerugian yang ditanggung penternak untuk dibawa ke peringkat kementerian agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

“Kita juga merancang untuk menyalurkan bantuan benih ikan kepada penternak yang layak selepas keadaan cuaca kembali pulih.

“Berdasarkan rekod awal, 22 penternak ikan sangkar di Selangor, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan terjejas akibat cuaca panas. Kes tersebut belum diklasifikasikan sebagai mudarat kerana bekalan pengeluaran ikan keseluruhan kawasan akuakulur masih stabil,” katanya katanya ketika ditemui pemberita di Karnival Usahawan Myagropreneur Perikanan (MyAP) dan MyKomuniti Perikanan (MyKP) Zon Timur di Tok Bali di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turut hadir merasmikan karnival tersebut.

Mengulas lanjut, Adnan memberitahu, meskipun cuaca panas melanda kebanyakan negeri, eksport ikan dalam subsektor itu masih dalam keadaan stabil yang mencukupi permintaan semasa.

Menurutnya, penternak perlu menjual hasil ternakan mereka dengan kadar segera sekiranya sudah mencapai saiz matang selain menilai situasi suhu semasa bagi mengelakkan kerugian berganda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI