fbpx

13 suspek terlibat kegiatan ah long di P. Pinang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menahan 13 suspek di sekitar negeri ini dan Perak semalam selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani dan seterusnya membanteras kegiatan ah long secara berterusan di Pulau Pinang.

“Sejumlah 28 pasukan terdiri 112 pegawai dan anggota polis telah ditubuhkan dengan melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang.

“Sehingga semalam, seramai 13 orang suspek telah ditangkap di sekitar Pulau Pinang dan Perak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kok Chin, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Operasi besar-besaran bagi memerangi kegiatan sindiket pinjaman wang haram ini akan dilakukan secara berterusan.

“Pihak polis juga tidak akan berkompromi terhadap kumpulan ah long yang terlibat,” tambahnya.

Sebelum ini, Kok Chin menegaskan yang beliau dan seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti haram yang menyalahi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI