fbpx

Ryan Gosling berubah kerana Eva Mendes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOSLING berubah menjadi lelaki lebih bertanggungjawab selepas bersama Mendes

AKTOR Ryan Gosling mengakui dirinya banyak mengalami perubahan selepas menjalani kehidupan bersama kekasihnya iaitu pelakon, Eva Mendes sejak 12 tahun lalu.

Kata pelakon berusia 42 tahun itu, sejak menjalin hubungan dengan Mendes, dia mula berubah menjadi seorang lelaki bertanggungjawab dan matang.

“Saya telah menjalinkan hubungan bersama Mendes sejak 2011 lagi. Saya banyak berubah disebabkan dia.

“Terima kasih sayang kerana setia menjadi antara orang terpenting dalam hidup saya,” ujarnya kepada majalah GQ Hello.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu juga tidak boleh membayangkan hidupnya tanpa Mendes kerana banyak bergantung kepada wanita itu untuk mendepani hari-hari yang sempurna bersama anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI