fbpx

Proklamasi Orang Melayu: Hadi Awang, P.Ramasamy akan dirakam percakapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (kiri), Dr. Mahathir (kanan).

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam percakapan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P Ramasamy berhubung isu Proklamasi Orang Melayu dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Tun Dr. Mahathir bersabit kes penghinaan terhadap institusi Diraja.

“kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat peguam negara pada Selasa hadapan.

“Tindakan dibuat selari dengan peruntukan perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis sudah merakam percakapan Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary, di sini, semalam.

Tindakan tersebut diambil susulan kenyataan yang dimuat naik bekas Perdana Menteri itu berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Rakaman percakapan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bertempat di Yayasan Al Bukhary, di sini.

Dalam pada itu, peguam bekas ahli parlimen Langkawi itu, Rafique Rashid Ali memuat naik hantaran video di Facebook InspirasiChanel mengenai anak guamnya diambil keterangan berhubung isu itu.

Dalam video yang sama, Rafique menyatakan Dr Mahathir bersedia dituduh dan menjawab segala soalan di mahkamah.-KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI