fbpx

KPDN jamin bekalan gula dan harga kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan gula mencukupi dan harga komoditi itu juga kekal seperti sekarang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh berkata, pembekal gula di negara ini sudah diminta menepati syarat pengeluaran ditetapkan kerajaan.

“Kerajaan telah menetapkan sebanyak 42,000 tan metrik pengeluaran gula dalam sebulan.

“Ini bermakna tidak akan berlaku masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga gula di pasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Rahmah di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, di sini, hari ini.

Fuziah Salleh (kiri) menyampaikan sumbangan Rahmah kepada penerima di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail di Kuantan.

Ditanya mengenai jumlah pemeriksaan dilakukan pasukan penguatkuasa KPDN melalui Ops Manis sejak Mei lalu, Fuziah memberitahu, negeri Kelantan merekodkan jumlah pemeriksaan tertinggi dengan 848 pemeriksaan.

“Ia diikuti Terengganu dengan 442 pemeriksaan, Pahang sebanyak 597 pemeriksaan dan 405 pemeriksaan di Kedah,”katanya.

Ops Manis dilancarkan KPDN selepas menerima aduan mengenai kekurangan bekalan gula selepas Aidilfitri lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI