fbpx

Saman kalau lebih-lebih, Farid Kamil tunggu permohonan maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID Kamil menafikan ada membuat kenyataan kononnya Anwar seorang pelakon yang lebih hebat berbanding dirinya.

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan kenyataan palsu berhubung filem lakonannya, Anwar: The Untold Story hingga mencetuskan fitnah.

Setakat ini, pemilik nama lengkapFarid Kamil Zahari, 42, itu masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada individu yang mencalarkan imejnya selaku pendokong watak Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem biopik tersebut.

“Mengenai perkara tersebut, saya akan berbincang balik kerana setakat ini belum ada apa-apa tindakan yang diambil.

“Saya hanya beri amaran desakan untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka supaya dan menginsafi perbuatan tidak bermoral ini.

“Kalau berlebihan sangat mungkin saya akan mengambil tindakan undang-undang lanjut,” katanya kepada Kosmo! Online usai prosiding mahkamah berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya, semalam.

Ditebak mengenai keadaan selepas menerima dakwaan berbaur fitnah, pelakon kelahiran Alor Setar itu anggap sebagai situasi biasa yang harus ditelan oleh anak seni.

“Perkara seperti ini biasa terjadi. Apabila kita berada di atas, pasti akan jadi topik untuk untuk setiap jalan cerita.

“Tidak ada masalah dengan tuduhan tersebut sebaliknya saya okey sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Farid memuat naik hantaran Instagram menafikan satu kenyataan tentang kesukaran melakon watak sebagai figura dihormati itu namun kenyataannya diputarbelit pihak tidak bertanggungjawab.

Hantaran tersebut seolah-olah menuduh Farid mengeluarkan kenyataan mengatakan Anwar pelakon lebih hebat yang membawa konotatif buruk. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI