fbpx

‘Pulau Pinang milik Kedah, Sanusi perlu hormati perlembagaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua, kanan) diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan) menerima cenderahati pada Majlis Perasmian Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Wisma DBP hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor supaya menghormati perlembagaan.

Perkara itu ditegaskan Anwar terhadap Muhammad Sanusi yang mempersoalkan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

“Kadang-kadang bila seorang pemimpin itu bercakap, dia kena faham perlembagaan termasuk perjanjian yang telah dibuat terdahulu.

“Perkara itu jelas, jika saya nak ucap dari segi sandiwara politik itu soal lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sebagai seorang Menteri Besar, adalah wajar untuk mengikut perundangan yang ditetapkan.

“Saya boleh komen ini berdasarkan ulasan peguam negara yang cukup jelas iaitu menghormati perjanjian perlembagaan yang diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan, Muhammad Sanusi menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah ekoran negeri itu hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu maklum balas daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Mlaysia (JUPEM) sekiranya terdapat asas yang mengesahkan sempadan Kedah dengan negeri-negeri lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI