fbpx

Malaysia raih permit pusat perubatan di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para petugas perubatan sedang meneliti dokumen pesakit di pusat perubatan Madinah baru-baru ini

Melaporkan dari Mekah

MEKAH – Pusat perubatan Tabung Haji (TH) di Madinah telah beroperasi sepenuhnya secara sah selepas mendapat permit daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama menerima pengiktirafan itu dua tahun berturut-turut.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, permit itu dimohon sejak Februari lepas dan hanya diluluskan pada Rabu lalu selepas pihak berkuasa Arab Saudi berpuas hati dengan pematuhan kesihatan yang ketat.

Katanya, seramai 296 petugas perubatan termasuk doktor pakar, farmasi dan jururawat telah berada di sini dan Madinah untuk berkhidmat kepada Dhuyufurrahman musim ini.

“Pusat rawatan TH telah mencapai tahap pematuhan yang tinggi sebelum diberikan permit. Ia telah melalui saringan dan pemeriksaan yang lebih ketat berbanding tahun lalu akibat pandemik.

“Kita perlu penuhi syarat dan tambah baik yang diperlukan seperti pelan lantai, fasiliti, kekuatan, ambulans, pengurusan sisa klinikal selain memastikan semua petugas mempunyai sijil berkaitan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Syed Saleh, segala yang diminta itu sama seperti amalan hospital di Malaysia dan sebab itu ia tidak menjadi satu masalah atau beban untuk dipenuhi selain hubungan baik yang terjalin antara Kuala Lumpur-Riyadh.

Sementara itu, Syed Saleh memberitahu, setakat ini seramai 9,078 jemaah telah tiba di Tanah Suci dengan 6,112 berada di Madinah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI