fbpx

[VIDEO] Lelaki warga emas cuba jual telefon untuk beli beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan seorang warga emas cuba menjual telefon bimbit untuk membeli beras.

PETALING JAYA – Gara-gara terdesak memerlukan wang untuk membeli beras, seorang lelaki warga emas cuba menjual sebuah telefon bimbit lama jenis Nokia.

Kisah sedih itu telah dikongsi oleh seorang peniaga kedai telefon dikenali sebagai Nor Asiah Khamis menerusi aplikasi TikToknya.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki warga emas itu membawa telefon bimbit yang diletakkan dalam plastik hitam.

“Pakcik nak jual telefon bimbit ini, pak cik nak pakai duit,”kata lelaki tersebut.

Bagaimanapun peniaga tersebut memberitahu bahawa kedainya tidak membeli telefon lama dan menurut penjual itu harga semasa telefon itu pun sekitar RM50 sahaja.

Lelaki tersebut kemudian membalas dengan mengatakan bahawa dapat RM20 pun jadilah supaya dia dapat membeli beras.

Peniaga tersebut tidak membeli telefon bimbit itu, namun telah memberi sedekah wang kepada lelaki berkenaan berjumlah RM300.

Difahamkan kisah sedih itu dirakam disebuah kedai telefon bimbit di negeri Kedah dan perkongsian oleh peniaga itu telah mendapat lebih 116,000 tanda suka dan lebih 4,170 kali dikongsi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna sedih dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut dan ada juga kalangan mereka yang sedia menghulurkan bantuan.

“Cari pakcik tu balik kami nak bgi sedekah, kesian dia,”tulis @BungaXSiram².

“Sedekah geng mana tahu boleh serba sedikit ringankan beban ayah ni,”kata @nyelong.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @F | ف

“Terdiam seketika, ya Allah, aku malu. Tapi berikanlah kekuatan serta kebaikan dalam keluarga pakcik ni dan kak, moga bertambah rezeki ya,” doanya.- KOSMO! ONLINE

@asiah1106 CONTENT SEDIH- PAKCIK NI MAI KEDAI NAK JUAL HNSET NOKIA BEDA BELI BERAS #ibukutuasiah #kutuasiah #fypシ #foryoupageeeee #iphone #fyp #xyzbca #kedah #sungaikedah ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI