fbpx

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika disyaki curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN perubatan memeriksa keadaan lelaki yang terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah kilang pasir di Kampung Coldstream di Bidor hari ini.-IHSAN JBPM

BIDOR – Cubaan memotong kabel tembaga di bilik kuasa elektrik di sebuah kilang pasir di Kampung Coldstream dekat sini hari ini, dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semakan ke atas lelaki berusia 27 tahun itu mendapati dia memiliki lapan rekod jenayah lampau termasuk bersabit kes narkotik.

“Lelaki itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di dalam bilik kuasa elektrik tersebut. Dia disyaki terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel tembaga di bilik berkenaan.

“Pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan kematian lelaki itu. Mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI