fbpx

[VIDEO] Ramai terhibur lihat aksi Kapten Kamaruddin lawan ‘oppa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok @arepit993.

PETALING JAYA – “Mantap, hebat Kapten Kamaruddin, ternganga orang Langkawi dekat bawah”. Itulah komen kepada aksi seorang lelaki dikenali ‘Kapten Kamaruddin’ ketika sedang menunjukkan aksi membawa sebuah jet.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @arepit993 di TikTok, juruterbang itu didakwa sedang membuat persembahan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Namun, yang betul-betul mencuri perhatian sebenar adalah arahan lucu daripada radio komunikasi yang diterima oleh juruterbang tersebut.

“Kapten Kamaruddin masa untuk team (kumpulan) kita beraksi pula. Asyik biar dekat pasukan ‘oppa’ sahaja. Geng-geng perempuan gedik-gedik dekat bawah tu. Masa kita tak ada siapa nak layan.

“Ha ni kita nak tunjuk kat mereka pula. Kapten Kamaruddin sat lagi hang lalu depan depa (mereka), hang ‘flip’ (pusing) bagi lama sikit. Yang asap tu hang bawa semua warna yang ada.

“Aku bilang sampai tiga hang pusing,  boleh lepas asap. Mantap hebat Kapten Kamaruddin, ternganga orang Langkawi bawah ni. Okey boleh balik dah, sat lagi lepas hang ‘landing’ (mendarat) kita pergi makan laksa ikan seekor,” kata arahan dalam video itu.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati ramai pengguna beranggapan itu adalah video parodi semata-mata kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Ini suara parodi sahaja ni. Dalam video itu jet F16, Malaysia mana ada beli dan tiada jet F16,” komen seorang pengguna.

“Ini bukan di Langkawi ini. Bukit mana pula dalam video ni,” komen Ahmadfaiz.

“Parodi je ni, kalau betul-betul ‘comm radio’ tidak boleh selamba cakap begitu. Ada prosedur dia,” komen pengguna yang lain pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 3 juta tontonan, 316,900 tanda suka dan 25,400 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@arepit993 #Limalangkawi2023 #lima2023 #LIMA23# #aerospace #airplanecinematic #aerobaticteam #sukhoi #airforce #langkawiisland @LIMA 23 ♬ original sound – Hanya Orang Biasa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI