fbpx

Mayat lelaki disambar buaya ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR membawa mayat mangsa yang disambar buaya di Sungai Patarikan, Merapok, Lawas

LAWAS – Lelaki berusia 51 tahun yang hilang selepas disambar buaya ketika memancing bersama menantu dan birasnya di Sungai Patarikan, Merapok di sini ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.53 pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa ditemui terapung dengan bentuk fizikal yang sempurna pada radius satu kilometer dari tempat mangsa disambar buaya.

Mangsa dilaporkan memancing bersama menantu dan birasnya di Sungai Patarikan kira-kira pukul 5.30 petang semalam sebelum disambar buaya dan dibawa ke dalam sungai.

Kejadian tersebut disaksikan menantu serta birasnya dan operasi SAR melibatkan pasukan bomba, polis serta penduduk Kampung Patarikan digerakkan bagi mengesan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI