fbpx

37,570 liter diesel subsidi dirampas di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penguat kuasa KPDN negeri Sembilan memeriksa lori tangki dan 'skid tank' mengandungi diesel bersubsidi dalam Ops Tiris di Kampung Sungai Nipah, di sini. Foto IHSAN KPDN NEGERI SEMBILAN.

PORT DICKSON – Sebanyak 37,570 liter diesel subsidi berjaya dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, dalam Ops Tiris di Kampung Sungai Nipah, di sini, Rabu lalu.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, hasil serbuan di ladang kelapa sawit di kampung berkenaan kira-kira pukul 11 pagi, berjaya menemui sebuah premis yang mempunyai dua buah tangki dan dua buah lori.

“Ketika serbuan, pihak kami mendapati berlaku pemindahan minyak diesel dari sebuah lori tangki ke dalam lori tangki kedua,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Muhammad Zahir berkata, bagaimanapun semasa serbuan tiada individu di premis berkenaan dan mereka disyaki telah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas premis itu mendapati terdapat minyak yang disyaki diesel ditemui dalam tangki dan lori tangki.

“Turut disita dalam serbuan tersebut, dua buah lori tangki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM114,775.50,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI