fbpx

Tiga beregu lelaki ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik ketika menentang Sol Gyu-Won Ho pada pusingan kedua Malaysia Masters di Axiata Arena hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tiada masalah melangkah ke suku akhir Malaysia Masters selepas menang straight-set 21-19, 21-14 ke atas Choi Sol Gyu-Kim Won Ho.

Juara dunia di ranking kedua dunia itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menumbangkan beregu Korea Selatan tersebut pada pusingan kedua di Axiata Arena hari ini.

Bagaimanapun, Wooi Yik tidak merasakan kemenangan mereka adalah mudah kerana tetap perlu bekerja keras untuk menewaskan lawan tersebut terutama pada set pertama.

“Kami lebih bersedia melawan mereka (beregu dari Korea Selatan) selepas tewas kepada mereka (Korea Selatan) di Piala Sudirman baru-baru ini.

“Saya anggap perlawanan ini 50-50 dan sesiapa yang menang set pertama akan membawa kelebihan itu ke set kedua. Jadi saya harap momentum ini diteruskan untuk perlawanan seterusnya,” kata Wooi Yik.

Turut mengikut jejak mereka ke suku akhir esok ialah Man Wei Chong-Tee Kai Wun walaupun tewas set pertama selepas bangkit menewaskan beregu Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall 19-21, 21-16, 21-13.

Aaron-Wooi Yik akan bertemu Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia, manakala tugas sukar menanti Wei Chong-Kai Wun kerana berdepan bekas juara dunia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan esok.

Wakil terakhir negara di pusingan kedua hari ini, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut menceriakan para peminat tegar badminton tanah air apabila mengesahkan tempat ke suku akhir esok.

Pilihan keenam kejohanan itu berjaya menewaskan wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 15-21, 21-12, 21-19 untuk menempah pertemuan dengan beregu Korea Selatan, Kang Ming Hyuk-Seo Seung Jae. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI