fbpx

Sagu hati ringankan beban kakitangan AKSB sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan AKSB di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Pemberian sagu hati semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) bertujuan meringankan beban mereka untuk menyambut hari lebaran baru-baru ini.

AKSB berkata, bayaran sagu hati itu dibuat mengikut prosedur tadbir urus dan diluluskan lembaga pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat.

“Pemberian sagu hati kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan merupakan amalan biasa sebuah syarikat sebagai keraian dalam membantu meringankan beban warga syarikat dalam menyambut Aidilfitri

“Bayaran sagu hati dibuat mengikut prosedur tadbir urus dan diluluskan lembaga pengarah iaitu badan tertinggi sesebuah syarikat,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri (UPKN) Kelantan hari ini.

Sebelum ini, seorang individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain memuat naik salinan notis yang didakwa dikeluarkan AKSB mengenai pemberian Aidilfitri lalu di Facebook miliknya

Notis tersebut turut memaklumkan bahawa AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah syarikat tersebut manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Pada masa sama, setiausaha syarikat AKSB pula didakwa menerima sagu hati sebanyak RM2,000.

Keadaan itu menyebabkan ramai yang mempertikaikan tindakan AKSB dengan memberikan sagu hati sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan mereka meskipun dilihat gagal menyalurkan bekalan air secara sempurna kepada seluruh rakyat negeri Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI