fbpx

Lelaki, wanita curang puas hati, tiada rasa bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
89 peratus individu menganggap hubungan sulit di luar perkahwinan adalah salah dari segi moral. - Getty Images

BALTIMORE, MARYLAND – Satu kajian baharu mendapati kebanyakan lelaki dan wanita yang curang terhadap pasangan mereka tidak berasa bersalah bermain kayu tiga, lapor akhbar New York Post. 

Malah,  mereka mengaku lebih berpuas hati dari segi emosi dan seksual.

Kajian  oleh kumpulan penyelidik Jabatan Psikologi & Minda Universiti Johns Hopkins itu melibatkan hampir 2,000 pengguna Ashley Madison iaitu laman web yang digunakan oleh individu curang.

Ia yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior menyatakan, terdapat jurang besar antara realiti kecurangan dan bagaimana ia digambarkan dalam filem.

“Di media popular, rancangan televisyen, filem dan buku, individu curang sering digambarkan mempunyai rasa bersalah namun, perasaan sedemikian tiada pada  responden,” kata pengarang utama kajian, Dylan Selterman.

Satu kaji selidik lain  pada 2019 mendapati bahawa 89 peratus individu menganggap hubungan sulit di luar perkahwinan salah dari sudut moral.

Bagaimanapun, kajian baharu itu mendapati antara  20 hingga 25 peratus individu sudah berkahwin serta 33 peratus orang dewasa yang memiliki pasangan, mengaku melakukan hubungan seks dengan orang lain.

Responden yang curang berkata,  mereka amat mencintai pasangan masing-masing dan  hubungan mereka juga  tidak bermasalah.

Namun, kebanyakan mereka melaporkan tidak menjalinkan hubungan seks secara aktif dengan pasangan bahkan, rasa tidak puas ketika berhubungan intim menjadi punca utama berlaku curang.

Sebahagian besar responden pula mengaku  berpuas hati dengan hubungan sulit mereka dari segi seksual dan emosi.

Kira-kira 80 peratus peserta juga mengaku  merahsiakan hubungan sulit mereka  daripada pengetahuan pasangan masing-masing. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN