fbpx

Farid Kamil perlu hantar surat untuk jumpa dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID diperintah menghantar surat kepada peguam Diana lima hari sebelum bertemu dengan dua anaknya.

SHAH ALAM – Pelakon sensasi, Farid Kamil diperintahkan menghantar surat kepada peguam isterinya, Diana Danielle, lima hari sebelum berjumpa dengan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.

Perincian tersebut diputuskan dalam prosiding sulh bagi membincangkan hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

“Ada pembaharuan dalam proses untuk berjumpa anak-anak. Saya diminta untuk menghantar surat, lima hari sebelum berjumpa anak-anak.

“Itu adalah perintah mahkamah, jadi, saya harus akur dan saya selesa dengan perkara itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff berkata, prosiding sulh membincangkan hak penjagaan anak pasangan itu masih gagal menemui kata putus apabila anak guamnya kekal dengan pendirian untuk mendapatkan hak jagaan penuh.

“Kami tetap dengan pendirian untuk mendapatkan hak jagaan dan defendan hak jagaan. Kami tidak pernah nafikan dan anak guam sentiasa fleksibel untuk defendan berjumpa anak-anaknya.

“Selepas ini akan ada sebutan dalam mahkamah di hadapan hakim.

“Jadi, kalau proses sulh yang berlangsung hari ini boleh mencapai kata sepakat, semua sudah boleh direkodkan dan diselesaikan,” katanya.

Tambah Puteri Ummi Kartini, setakat ini masih tiada persetujuan bersama mengenai terma yang dipinta dan akan diteruskan dengan perbicaraan seterusnya.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula perbicaraan hadanah induk pada 1 Ogos depan.

Sementara itu, mahkamah juga menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan inter-parte (dua pihak) pasangan selebriti tersebut berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka yang masing-masing berusia 10 dan lapan tahun. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI