fbpx

Lelaki tertelan gigi perak ketika alami sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek itu gagal ditemui selepas lelaki itu diserang sawan epileptik. - Jam Press/ Cureus

MADISON, WISCONSIN – Seorang lelaki berusia 22 tahun di negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila mendapati gigi perak yang dipakainya terlekat pada salah satu paru-parunya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Satu kajian kes yang diterbitkan dalam jurnal Cureus Medical baru-baru ini menceritakan kisah lelaki tersebut yang mula batuk dengan teruk selepas diserang sawan epilepsi.

Setelah menjalani imbasan X-ray, doktor mengesan sesuatu terlekat di bronkus kanannya iaitu saluran pernafasan yang bersambung dengan paru-paru manusia.

Objek berukuran 4 sentimeter (sm) itu kelihatan seperti gigi palsu.

Lelaki itu memberitahu doktor bahawa dia memakai gigi palsu bersalut perak ketika diserang sawan, tetapi tidak dapat menemuinya setelah pulih.

Dia kemudian dijadualkan menjalani prosedur bronkoskopi untuk mengeluarkan objek itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI