fbpx

Segera luluskan penubuhan PSF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED SANI (tengah) bersama presiden persatuan sepak takraw daerah-daerah di Pulau Pinang pada sidang akhbar di George Town hari ini. - IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Gabungan Daerah-Daerah Sepak Takraw Pulau Pinang mengharapkan agar Pesuruhjaya Sukan menyegerakan permohonan mereka untuk menubuhkan Persekutuan Sepak Takraw Pulau Pinang (PSF) sekali gus keluar daripada ‘bayangan’ Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang (Pesenang) ketika ini.

Presidennya, Datuk Mohamed Sani Bakar berkata, kewujudan PSF akan membolehkan segala gerak kerja, aktiviti atau program berkaitan sepak takraw di negeri itu dapat diselaras serta disusun dengan lebih baik.

Menurutnya, permohonan untuk menubuhkan PSF telah dihantar sejak lebih setahun lalu selepas empat daripada lima persatuan sepak takraw daerah di negeri itu iaitu Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) mengumumkan tidak lagi ‘sekapal’ dengan Pesenang.

Katanya, penyertaan daripada persatuan sepak takraw daerah terakhir iaitu Seberang Perai Tengah (SPT) baru-baru ini melengkapkan gabungan itu yang dibentuk untuk memartabatkan sukan berkenaan daripada peringkat akar umbi.

“Kesemua persatuan sepak takraw daerah ini berdaftar, namun Pesenang tidak pernah melibaturuskan mereka dalam sebarang program (termasuk) di peringkat daerah. Sejak dulu lagi persatuan-persatuan ini bergerak dengan cara masing-masing tanpa kerjasama atau bantuan daripada Pesenang.

It’s not a big deal (Ia bukan perkara yang besar). Insya-Allah, kita akan bergabung dengan PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) selepas ini (jika permohonan diluluskan). 

“Kita dah berusaha dan akan jumpa dengan Presiden PSM (Datuk Mohd. Sumali Reduan) dalam masa terdekat (bagi membincangkan hala tuju PSF dan lain-lain). Cuma tunggu tarikh dan masa yang sesuai sahaja,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Ditanya mengenai kemungkinan dinasihatkan bergabung dengan Pesenang sebagai jalan penyelesaian terbaik demi kemajuan sepak takraw Pulau Pinang, Mohamed Sani berkata, itu adalah langkah terakhir yang mereka fikirkan ketika ini.

“Kalau boleh, kita akan cuba elakkan (bergabung). Kalau terpaksa juga, perkara pertama yang akan kita lakukan adalah rujuk semula perlembagaan sebab keputusan kita bergantung kepada keputusan kelima-lima (persatuan sepak takraw) daerah ini,” ujar beliau.

Tambah Mohamed Sani, andai ditakdirkan wujud dua persatuan sepak takraw negeri di Pulau Pinang selepas ini, pihaknya juga akan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

“Tak mustahil. Dulu pun kita ada dua entiti dalam sepak takraw di Malaysia (merujuk kepada PSM dan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia atau Mastaf yang akhirnya dibubarkan). Apapun, kita akan pikul tanggungjawab ini secara bersama. Kalau perlu bergabung kita akan pertimbangkan tetapi dengan syarat-syarat kitalah,” ujarnya. 

Mohamed Sani turut menafikan desas-desus bahawa ‘penentangan’ terhadap Presiden Pesenang, Datuk Seri Ahmad Ismail dengan menubuhkan PSF adalah lebih kepada bersifat peribadi ketika ini.

“Kalau betul peribadi, what do I have (apa yang saya ada)? Program-program di peringkat daerah semua saya yang uruskan. Apabila PSF diwujudkan, ia akan memudahkan pergerakan kita.

“Jadi, saya tidak nampak ia satu kepentingan peribadi. Lagipun, semua presiden (persatuan sepak takraw daerah) ada bersama saya sekarang. Jika saya tidak ada lagi nanti, saya mahu PSF ini terus wujud dan program akan terus berjalan. Itu sahaja,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI