fbpx

Gagal kemuka resit, syarikat pengurusan bangunan dikompaun RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDN ketika bertemu wakil syarikat pengurusan bangunan kediaman di Petaling Jaya, Selangor.

PUTRAJAYA – Sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman dikenakan kompaun berjumlah RM2,000 selepas gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran berhubung kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dibuat kepada pengadu di Petaling Jaya, Selangor, pada 17 Mei lalu.

Ketua Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azam Adam berkata, siasatan telah dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Petaling Jaya ke atas aduan salah seorang daripada penduduk di bangunan kediaman tersebut.

“Hasil siasatan mendapati pihak pengurusan bangunan berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 140(2) Akta Pelindungan Pengguna 1999 kerana gagal memberikan resit kepada pengguna bagi perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 146 Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak sekiranya didapati gagal mengemukakan resit kepada pengguna di atas apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna itu, termasuk mendakwa mereka di Mahkamah.

“Tindakan boleh diambil di bawah peruntukan undang-undang Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi perseorangan tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Azam turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung isu berkaitan supaya melaporkan kegiatan itu.

Laporan boleh dibuat kepada KPDN melalui Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000, portal aduan e.aduan.kpdn.gov.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN termasuk menghantar emel ke [email protected] serta talian 1-800-886-800 – KOMSO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI