fbpx
MIA tidak menyangka ada entiti misteri bertenggek di belakangnya dalam gambar raya keluarga. – ILUSTRASI SHAH HASAN

Misteri entiti seram dalam gambar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNGKIN sebelum ini anda pernah membaca mengenai kisah entiti atau lembaga yang ‘menumpang’ dalam foto.

Perkara tersebut juga dialami dan dilalui sendiri Mia (bukan nama sebenar) dalam foto keluarganya ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Perkongsiannya dalam laman sosial Facebook turut mendapat perhatian pengikut dan rakan platform tersebut.

“Sumpah seram dan kami baru perasan. Sebelum ini, apabila tengok memang tidak pernah perasan.

“Belek punya belek gambar dalam telefon bimbit, tidak sangka ada kelibat wanita berambut panjang dengan wajah hodoh hitam bertenggek di belakang badan saya,” katanya.

Menurut Mia lagi, sudah menjadi kebiasaan dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung di Alor Gajah, Melaka untuk beraya bersama.

Katanya, rumah kampung tersebut merupakan peninggalan pusaka datuk dan neneknya yang sudah lama meninggal dunia dan kini didiami salah seorang ibu saudaranya.

“Biasalah pagi raya mesti ada sesi bersalaman dan bermaafan.

“Dalam gambar itu, saya sedang bersalaman dengan emak. Tiada apa yang pelik pun terjadi masa itu.

“Namun, apabila berulang kali tengok foto tersebut, bukan main terkejut dan menjerit kami adik-beradik bersama saudara lain.

“Dalam salah satu gambar ketika saya sedang bersalaman dengan emak, di belakang badan saya ada seorang perempuan berambut panjang dengan berbaju putih lusuh sedang bertenggek sambil melihat ke arah kamera.

“Sempat juga saya dan adik-beradik lain bertanya siapa gerangan yang menempel di belakang saya itu.

“Setahu kami, tidak ada yang berambut panjang melebihi paras bahu.

“Kalau ada yang tak bertudung pun, rambut mereka tidak panjang sebegitu,” ujarnya.

Membuatkan perkara tersebut bertambah pelik, Mia berkata, tiada seorang pun ahli keluarga besarnya yang memakai baju raya berwarna putih pada kali ini.

Tambah Mia, sebagai bukti gambar tersebut bukan rekaan atau suntingan, dia turut memaparkan gambar dari sudut belakang yang diambil oleh salah seorang sepupunya.

“Saya beritahu pasal gambar aneh itu pada ayah dan sepupu.

“Ayah saya tak cakap apa-apa, walaupun dia memang boleh nampak ‘benda’ itu.

“Dia (ayah) tidak kata apa-apa. Cuma dia beritahu, mungkin ada yang hendak tumpang lalu.

“Sementara itu, sepupu-sepupu lain semua rasa seram kerana kepala makhluk berkenaan seperti terbenam dan hanya nampak suku saja.

“Sebelum ini saya pernah tengok berita pasal gambar yang ‘ditumpang’ makhluk misteri. Tetapi tidak sangka jadi dekat keluarga kami pula,” ujarnya yang berusia 28 tahun.

Beritahu Mia, rumah pusaka peninggalan datuk dan neneknya itu memang agak seram dan ada cerita tersendiri.

Katanya, kedua-dua mereka merupakan dukun yang pandai mengubat orang.

“Dulu masa kecil, sepupu pernah tinggal di rumah ini dengan datuk dan nenek.

“Dia cerita, selalu sangat nampak makhluk seram seperti pocong dan pontianak.

“Disebabkan itu, datuk dan nenek ‘pagarkan’ rumah ini,” katanya yang pertama kali berdepan pengalaman seram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN