fbpx

Ernie, Syamel dedah wajah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ernie (kiri) dan Syamel bersama anak mereka, Nur Khawla Soleha.

PETALING JAYA – Pasangan penyanyi popular Ernie dan Syamel akhirnya berkongsi wajah puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha semalam.

Perkongsian tersebut dilakukan pasangan duet menerusi lagu Aku Cinta itu menerusi hantaran dalam Instagram masing-masing malam tadi.

“Ini adalah raya pertama kami bersama. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari daddy (ayah), ibu dan Khawla.

“Terkejut Khawla kali pertama raya secara tiba-tiba,” tulis Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly itu.

Hantaran yang dimuat naik tersebut memaparkan pasangan bahagia itu mengenakan baju sedondon berona biru sambil memangku bayi mereka.

Terdahulu, sejak dilahirkan pada 22 Februari lalu, Ernie dan Syamel lebih selesa dan memilih untuk tidak menunjukkan wajah cahaya mata sulung mereka atas alasan masih belum bersedia.

Malah, nama anak mereka yang diambil sempena nama serikandi Islam terkenal itu hanya diumumkan selepas bayi berusia tujuh hari.

Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI