fbpx

Pelajar GiatMara Simpang Ampat maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar GiatMara Simpang Ampat maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin, di sini, malam tadi.

REMBAU – Seorang pelajar GiatMara Simpang Ampat maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 malam itu, mangsa, Mohamad Akasyah Zabidi Samsul, 18, beralamat di Seri Kembangan, Selangor, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha135LC yang ditunggangi mangsa dan kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal penunggang menunggang dari arah Seremban menghala ke Tampin. Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba penunggang hilang kawalan terus terjatuh di atas jalan dan tercampak masuk di laluan bertentangan.

“Dalam masa yang sama, kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu langgar mangsa. Akibat daripada kemalangan ini, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Ujar Hazri, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat pagi ini.

“Ketika kejadian, hari hujan dan jalan juga basah. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI