fbpx
Muhammad Mursyid (kiri) bersama jemaah umrah yang berkunjung ke kedai makannya untuk menikmati hidangan dari Malaysia di Tanah Suci baru-baru ini.

Rasa Malaysia di Madinah, Mekah penuhi permintaan selera jemaah umrah, haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pembukaan dua buah kedai makan milik Mursyid Alharamain di Mekah dan Madinah bakal menceriakan jemaah haji dan umrah khususnya dari Malaysia untuk menikmati makanan hasil air tangan cef anak Melayu yang di bawa bertugas di sana.

Premis yang dikenali sebagai Rasa Malaysia di lokasi strategik tumpuan ramai menawarkan menu nasi lemak pada harga se­rendah 15 riyal (RM18) untuk satu set hidangan asas nasi goreng, manakala hidangan makan tengah hari berupa nasi putih bersama lauk pauk ala kampung pula dijual pada harga serendah 25 riyal (RM30).

Menurut Pengasas syarikat, Muhammad Mursyid Abu Hassan, semua hidangan tersebut boleh ditempah secara online sehari lebih awal dengan pembayarannya sekali dan penghantaran akan dibuat ke hotel jemaah masing-masing.

Malah tempahan boleh dibuat oleh anak-anak di Malaysia untuk memudahkan ibu bapa bukan ­sahaja sehari tetapi untuk tempoh selama mana mereka berada di tanah suci.

“Jemaah juga boleh berkunjung ke restoran kami tetapi di sana tiada kemudahan meja dan kerusi untuk makan. Namun, mereka boleh menempah pelbagai lagi menu lain mengikut kesukaan masing-masing.

“Mereka mungkin terpaksa beratur menunggu giliran selain harga makanan pula mungkin lebih daripada RM18 kerana te­ruja untuk memilih lebih banyak makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Muhammad Mursyid berinisiatif terlibat dalam bidang makanan dan minuman (F&B) di tanah suci Mekah dan Madinah kerana dorongan daripada jemaah haji dan umrah dari Malaysia yang tidak berselera untuk makan makanan dari Tanah Arab.

Tambahan pula, ketiadaan sarapan pagi disediakan pada musim haji mendorong beliau melabur sejumlah yang besar untuk membuka kedai makan selain berinisiatif membawa bahan mentah serta kuih muih dingin beku dari Malaysia.

“Pada peringkat awal pembukaan restoran di sana, kami menjual kira-kira 1,500 pek makanan sehari dan pada tahun ini kami menjangkakan jumlah tersebut bertambah kepada 5,000 pek sehari.

“Pelanggan kami bukan sahaja orang Malaysia tetapi juga dari Indonesia, Nigeria dan Turkiye yang mana mereka suka menikmati hidangan lauk tengah hari seperti kuah lemak dan kari yang disediakan,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN