fbpx

Hari paling bermakna buat guru Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HISAMUDIN (tengah) menyerahkan sumbangan kek kepada wakil PIBG untuk diberikan kepada 27 buah sekolah dalam Parlimen Putrajaya sempena Hari Guru di Putrajaya semalam. – FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA – Setiap tahun sambutan Hari Guru diadakan di seluruh negara bagi menghargai jasa golongan pendidik yang tanpa jemu memberikan pelajaran berguna kepada anak bangsa kerana mahu melihat mereka menjadi manusia berguna.

Acara sambutan turut diadakan di sekolah dan guru-guru yang diraikan menerima ucapan tahniah, selain hadiah mengikut kemampuan ibu bapa.

Di Putrajaya, sebanyak 27 sekolah menerima kejutan selepas mendapat hadiah berupa kek daripada Biro Pendidikan UMNO Putrajaya.

Pengerusinya, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, kek tersebut diagihkan ke semua sekolah rendah dan menengah menerusi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing.

“Ini merupakan kejutan yang kami rancang untuk sekolah-sekolah di Putrajaya sempena Hari Guru,” katanya.

Dalam pada itu, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Senaling diraikan penuh istimewa apabila menerima hadiah berupa bunga pahar dan ‘boko’ (bekas mengandungi dodol) daripada murid-murid serta ibu bapa.

Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Senaling, Kamarulariffin Abdullah, 50, berkata, seramai 29 guru di sekolah ini diraikan dengan pemberian tersebut.

Di Kuala Terengganu pula, seorang murid tahun lima SK Sultan Sulaiman I menghargai jasa cikgunya dengan menghadiahkan buah gajus sempena sambutan Hari Guru semalam.

MUHAMMAD HARITH (kiri) menghadiahkan sedulang buah gajus kepada gurunya di SK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu semalam.

Muhammad Harith Mohamad Erman, 11, berkata, hadiah gajus dari pokok yang ditanam di kawasan rumahnya itu sebagai tanda ingatan kepada guru-guru.

“Saya berbincang dengan beberapa rakan sekelas untuk beri hadiah yang sedikit berbeza daripada kelaziman,” katanya.

Sementara itu di Melaka, bekas Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Datuk Mazlan Mohamad, 69, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023.

Katanya, dia tidak menyangka usahanya dalam memastikan pendidikan sampai kepada setiap lapisan masyarakat termasuk anak-anak gelandangan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan.

Di Gua Musang, Kelantan me­nyaksikan seorang guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak jemu mencurah bakti kepada suku kaumnya, Orang Asli Temiar di Pos Hendrop sejak 20 tahun lalu.

Robiah Rami, 42, bangga apabila dapat mendidik anak bangsanya sendiri untuk menulis, membaca dan mengira sebelum mereka melangkah ke sekolah alam sekolah rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI