fbpx
Pihak bomba sedang giat memadamkan kebakaran. Foto oleh Info Trafik Kuala Lumpur

[VIDEO] Bilik pencawang Mid Valley terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik pencawang di dalam gedung beli-belah Mid Valley terbakar kira-kira pukul 10.30 pagi, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.38 pagi.

Ujarnya, usaha-usaha memadamkan api masih giat dilakukan oleh pihak bomba.

Menurut saksi kejadian, difahamkan sumber elektrik di seluruh pusat beli-belah tersebut juga dipadamkan bagi tujuan keselamatan.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI