fbpx

Lori tangki terbalik ketika hantar bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori tangki milik SADA terbabas lalu terbalik ketika mahu menghantar air ke Karangan, Kulim, Kedah petang tadi.

KULIM – Sebuah lori tangki air milik Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) terbabas sebelum terbalik ketika dalam perjalanan menghantar bekalan air dalam kejadian di Jalan Padang Meiha di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, pemandu dan penumpang lori tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di zon hijau Hospital Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kemalangan itu daripada orang awam menerusi laman rasmi Facebook Info Cegah Jenayah Kulim.

Katanya, terdapat gambar memaparkan gambar lori tangki dengan muatan air terbalik di jalan.

“Menurut penyelia SADA, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan air dari Padang Serai ke Karangan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati lori dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dan kini kenderaan terbabit telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kulim untuk siasatan lanjut.

“Pemandu lori mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI