fbpx

Kerajaan Pahang tidak pilih bulu salur bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY beramah mesra dengan orang ramai pada majlis ramah mesra dan jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Terbuka Kampung Mela di Lipis hari ini.

LIPIS – Kerajaan negeri tidak ‘pilih bulu’ dalam pemberian bantuan kebajikan apabila semua penduduk tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama menerima bantuan sewajarnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini dapat dilihat apabila sebanyak RM442,753.25 telah dibelanjakan bagi membantu penduduk yang layak menerima bantuan di Lipis dan Jerantut setakat tahun ini.

“Apa yang penting bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar, berasaskan rekod kita tidak ada sebuah pun kawasan yang tersisih dan kebajikan penduduk terabai sejak dahulu lagi.

“Contohnya, ada kalangan anak kita yang belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak kira anak siapa pun, kita akan beri bantuan RM300, manakala yang mula masuk tahun satu diberi RM100,” katanya pada majlis ramah mesra dan jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Terbuka Kampung Mela, di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri tidak pernah menyoal latar belakang penerima termasuk fahaman politik dalam menyalurkan bantuan.

Katanya, apa yang penting tanggungjawab kerajaan memberikan bantuan kepada mereka dengan matlamat bantuan perlu sampai kepada golongan sasar.

“Pemberian bantuan kepada rakyat itu telah dilaksanakan sejak dahulu lagi iaitu sejak Kerajaan Barisan Nasional memerintah bertujuan membantu rakyat di dalam pelbagai aspek dan keperluan kebajikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI