fbpx

Sebab lagu Jisoo, tarian Feminin pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TARIAN Flowers Jissoo dikatakan mirip dengan gerakan tarian kumpulan Feminin yang popular sekitar tahun 1990-an.

SEJAK bulan lalu, lagu Flowers milik Jisoo menjadi siulan ramai. Bukan sahaja di Korea Selatan tetapi di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Kegilaan ramai terhadap lagu tersebut turut membuatkan koreografi tariannya tular dan menjadi ikutan, sehingga tercetus #flowersdancechallenge dalam TikTok.

Dari satu sisi lain, tular juga pula tarian kumpulan Feminin yang dikatakan mirip dengan gerakan Flowers iaitu putaran tapak tangan.

Difahamkan video tarian Feminin untuk lagu Kini itu dirakam sekitar tahun 1990-an untuk sebuah program muzik.

Majoriti netizen berpendapat terdapat perbezaan antara koreografi tarian Jisoo dan Feminin, namun masih terselit sedikit persamaan.

“Tarian putar tapak tangan ini sebenarnya sudah dilakukan Feminin 30 tahun lalu. Lebih ‘daring’!

“Nampak sama tetapi mungkin tarian Jisoo lebih sopan dan ada ‘feel’,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI