fbpx

Imigresen serbu pangsapuri dibanjiri PATI di Bangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam Op Sapu di unit pangsapuri di Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu satu lagi penempatan warga asing membawa tangkapan 91 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menginap di unit pangsapuri di Jalan Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, di sini, kelmarin.

Serbuan tersebut hasil aduan orang ramai yang bimbang dengan jumlah warga asing menginap di unit pangsapuri terbabit.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata, Operasi Sapu (Op Sapu) itu dijalankan sepasukan pegawai JIM Kuala Lumpur membabitkan pemeriksaan hampir 100 unit rumah di pangsapuri berkenaan bermula pukul 12.15 tengah malam.

“Seramai 91 PATI termasuk 28 wanita berusia lingkungan 20 hingga 55 tahun ditahan hasil pemeriksaan terhadap 254 warga asing.

“Jumlah tangkapan itu terdiri daripada 33 warga Indonesia, Bangladesh (21), Pakistan (9), Myanmar (17), Nepal (8), India (2) dan seorang warga Filipina.

“Ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa PATI cuba bersembunyi selain enggan memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu rumah,” katanya.

Syamsul berkata, kebanyakan PATI berkenaan bekerja di sekitar kawasan Bangsar sebagai pekerja pembersihan serta buruh binaan.

“Unit rumah ini mempunyai tiga bilik dan kebanyakan rumah sudah diubah suai oleh pemilik sehingga boleh menampung sehingga 10 orang.

“Operasi akan terus dijalankan dalam usaha membendung PATI,” katanya yang memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI