fbpx

[VIDEO] ADUN ‘sekolahkan’ kakitangan kerajaan datang lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ketika Mohd. Noor Helmy memarahi salah seorang kakitangan kerajaan negeri Melaka yang datang lewat ketika mesyuarat.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyung, Mohd. Noor Helmy dilihat tidak boleh menahan sabarnya apabila salah seorang kakitangan kerajaan negeri Melaka bertindak datang lewat ketika satu mesyuarat diadakan.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial ketika ini, Mohd. Noor Helmy dilaporkan sudah hilang sabar selepas kakitangan itu hadir pada pukul 10 pagi ke mesyuarat tersebut sedangkan perjumpaan tersebut ditetapkan pada pukul 8.30 pagi.

Menerusi video tersebut juga, kakitangan terbabit difahamkan mendapat info berkenaan mesyuarat itu dijadual diadakan pada pukul 9.30 pagi.

“Awak dapat info 9.30 pagi, sekarang pukul 10 pagi. Jangan nak menjawab, jawab benda perlu sahaja. Saya sudah pangkah semua nama kamu.

“Saya akan maklumkan kepada SUK (Setiusaha Kerja) kelakuan ini. Ini bukan masalah ADUN Duyung, ini masalah rakyat Duyung,” jelasnya dengan nada tinggi.

Rata-rata pengguna media sosial turut menyokong dengan apa yang telah dilakukan oleh ADUN tersebut dan berharap masalah seperti itu dapat diselesaikan segera.

“Bagus YB ni, aku sokong. Kakitangan macam ini lah yang merosakkan kakitangan kerajaan yang betul-betul buat kerja. Mereka ingat dah dapat jawatan itu boleh sesuka hati sahaja,” jelas Jo Blanko.

“Mereka ni selesa sangat, sampai kita dah tak boleh sentuh. Mereka fikir mereka hebat. Masuk kerja 8.30 pagi lepas tu lepak minum kopi, pukul 11 baru asuk pejabat.

“Urusan rakyat tak selesai, keluar rehat pula awal. Masuk balik lewat, begitulah setiap hari, rosak,” jelas seorang lagi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

@mnhelmy ada masa boleh main² ada masa perlu serious #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #tanggungjawab #kerja #rumput #fyp #trendingvideo ♬ original sound – Mohd. Noor Helmy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI