fbpx

Pemilik kondo terkejut penyewa cantik duduk bilik kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIK kediaman terkejut apabila mendapati bilik yang disewakan kepada seorang wanita cantik terlalu kotor baru-baru ini. - Foto Sanook

BANGKOK –  Seorang pemilik kondominium mewah terkejut mendapati sebuah biliknya  yang  disewakan kepada seorang wanita muda dan cantik dipenuhi sampah sarap serta ulat berenga, lapor portal berita Thaiger semalam.

Wanita muda itu menyewa bilik tersebut selama empat bulan. Penyewa berkata, dia tidak dapat membersihkan bilik tersebut kerana menjalani pembedahan membesarkan payudara.

Kelmarin pemilik kondominium mewah itu menyatakan di laman Facebook bahawa dia  menandatangani kontrak selama setahun untuk menyewakan bilik tersebut kepada seorang wanita muda dengan sewa 10,000 baht (RM1,319) sebulan.

Sepanjang tahun lalu, wanita itu membayar sewanya seperti yang dipersetujui,  namun dalam tempoh antara Februari hingga April lalu, dia gagal berbuat demikian.

Pemilik kondominium kemudian menghubungi penyewa dan meminta dia menjelaskan tunggakan sewa atau mengosongkan premis tersebut. Wanita itu bersetuju menjelaskan hutangnya secara ansuran

Bagaimanapun, penyewa muda itu sekali lagi hilang dan tuan rumah tidak dapat menghubunginya. Dia kemudian memutuskan untuk memeriksa bilik itu tetapi mndapati ia dalam keadaan ‘mengerikan’.

Daripada bilik yang dahulunya diselenggara dengan baik, ia kini  dipenuhi sampah dengan tuala wanita terpakai dan  sisa makanan bersepah, manakala peti sejuk pula dipenuhi barang busuk serta ulat berenga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI