fbpx

Masih terlalu awal bincang harga tiket ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelia tapak projek ECRL Tunjong, Lua Yong Weng memantau kerja-kerja pembinaan di stesen pertama ECRL di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai isu harga tiket perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana projek tersebut masih berjalan dan bakal beroperasi pada Januari 2027.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau percaya harga tiket yang bakal ditetapkan oleh kerajaan tidak akan membebankan rakyat.

“Ini merupakan projek kerajaan dan ia perlu mempunyai konsep Rahmah iaitu berpatutan dan mampu dibayar oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL Tunjong di Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, pihaknya yakin ECRL akan disiapkan mengikut jadual kerana projek tersebut diberikan perhatian penting oleh kerajaan dan kerajaan China.

Katanya, pengurusan projek diletakkan di bawah Malaysia Rail Link (MRL) yang akan memantau dengan rapi perkembangannya.

“Pihak kontraktor bertanggungjawab adalah China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) yang merupakan sebuah syarikat berwibawa dari China.

“Perkembangan projek itu turut dibincangkan semasa pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi China. Saya yakin pihak kontraktor juga akan memastikan projek ECRL ini disiapkan mengikut jadual,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI