fbpx

Bekas Ahli Parlimen Rembau pertama meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Paroi Jaya, Seremban, tengah hari tadi.

SEREMBAN – Bekas Ahli Parlimen Rembau yang pertama, Datuk Firdaus Muhammad Rom Harun, 73, meninggal dunia tengah hari tadi.

Anak ketiga Allahyarham iaitu Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom memaklumkan, bapanya itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga mereka di Taman Paroi Jaya, di sini, pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

“Arwah bapa mempunyai penyakit buah pinggang sebelum ini dan meninggal dunia di rumah, tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, jenazah bapanya dijangka akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Paroi pada pukul 6.00 petang untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Baru Paroi di Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini.

Muhammad Fiqri Firdaus memberitahu, Allahyarham bapanya meninggalkan lima orang anak dan seorang cucu.

Dia menambah, ibunya, Allahyarhamah Datin Faridah Kassim meninggal dunia pada bulan Februari tahun lepas ekoran barah payudara.

Allahyarham Firdaus Muhammad Rom merupakan Ahli Parlimen Rembau dari tahun 2004 sehingga tahun 2008 sebelum digantikan oleh Khairy Jamaluddin.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong dari tahun 1995 sehingga 2004. Allahyarham juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menjadi Menteri Besar dari tahun 2008 sehingga 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI