fbpx

Sistem data fakulti bocor bukan pangkalan utama UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kebocoran data melibatkan lebih 11,000 individu bukan melibatkan pangkalan data utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebaliknya sistem dibangunkan oleh individu dalam sebuah fakulti di universiti.

Naib Canselor UiTM, Prof.Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati kebocoran data itu melibatkan sistem pemilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sistem dalam talian tersebut bertanggungjawab menyaring 12,000 pemohon kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) UiTM.

“Susulan isu kebocoron tersebut, ujian saringan ditangguhkan daripada pukul 10 pagi semalam ke pukul 2 petang hari yang sama.

“Sistem tersebut dibangunkan oleh seorang individu untuk memudahkan pemilihan dan kita tidak menyalahkannya yang cuba melakukan inovasi bagi memudahkan saringan daripada 12,000 kepada 1,000 orang dan dikecilkan kepada 600 pelajar,”katanya kepada pemberita pada Majlis Sua Raya UiTM di sini hari ini.

Menerusi akaun Twitter rasminya iaitu @uitmofficial, universiti itu memaklumkan bahawa pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemas kini telah dilakukan.

Roziah menegaskan, kelemahan sistem tersebut menyebabkan pemohon yang boleh mengakses maklumat dalam laman sesawang tersebut berkongsi dengan pihak ketiga.

“Kesimpulannya, dakwaan yang mengatakan pangkalan data UiTM bocor adalah tidak benar sama sekali.

“Apa yang bocor adalah maklumat yang dikongsi oleh pemohon kursus TESL dan kita akan memperbaiki sistem saringan tersebut agar masalah kebocoron data tidak berulang,”ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI