fbpx

Pelaksanaan 5G tidak akan terjejas -Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di RTM, Angkasapuri di Kuala Lumpur malam ini

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia tidak akan terjejas susulan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) terhenti setelah kerajaan mengumumkan hala tuju baharu.

Fahmi berkata, DNB perlu memaklumkan kepada BURSA serta pemegang saham berkenaan perbincangan lama telah dihentikan yang mana ia perlu ditarik balik.

“Walaubagaimanapun, perbincangan baharu akan dimulakan sebab pada hari Isnin lalu saya telah adakan perbincangan bersama Kementerian Komunikasi Digital (KKD), Kementerian Kewangan (MOF), DNB, semua syarikat Telco termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

”Pasukan petugas (Taskforce) untuk pelaksanaan 5G akan duduk berbincang dengan semua yang terlibat bagi memastikan 80 peratus dapat dicapai menjelang penghujung tahun ini.

“Berkenaan ekuiti yang diminta oleh Telco, mereka minta perbincangan baharu dikeluarkan. Yang dikeluarkan sebelum ini adalah perbincangan lama,” katanya ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di RTM, Angkasapuri di sini, malam.

Menurutnya, perbincangan baharu boleh dimulakan berikutan pengumuman yang dibuat pada Rabu dan disebabkan itu syarikat Telco bertindak sedemikian.

Tambahnya, setakat 30 April lalu beliai difahamkan pelaksanaan 5G telah mencecah sebanyak 61.7 peratus.

Terdahulu Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengeluarkan notis penamatan kepada (DNB), berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma perjanjian langganan saham (SSA) untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB.

™ daIam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, ia berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI