fbpx

Jabatan Peguam Negara nafi pendakwaan ke atas Mohd. Zuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) nafi mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai pendakwaan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

AGC menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, penafian itu merujuk kepada Kenyataan Media Ruj : PN. PRO.100-3/6/4 Jld. 5 (11) Pendakwaan Ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali – Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Menurutnya, pihak jabatan menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sebelum ini, satu kenyataan akhbar tular kononnya dikeluarkan AGC berkait pendakwaan terhadap Ketua Setiausaha Negara.

Kenyataan bertarikh 5 Mei itu lengkap dengan nombor rujukan fail, kepala surat jabatan dan diakhiri dengan pengesahan kandungan oleh Peguam Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI