fbpx

Hattan sengaja berdiam, tunggu masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA kini, Hattan masih menunggu waktu tepat untuk membuat pencerahan berhubung isu teguran kasar terhadap pembaca berita Awani, Nursyazwani dalm segmen mengenang pemergian Allahyarham Mael XPDC minggu lalu.

KONTROVERSI Datuk Hattan ‘sekolahkan’ pembaca berita yang dikatakan lebih cenderung ke arah tindakan membuli belum selesai.

Di tengah gesaan pelbagai pihak supaya penyanyi Biso Bonar itu membuat permohonan maaf atas sikap tidak profesional ketika wawancara dengan penyampai berita Astro Awani, otai itu masih dengan pendekatan berdiam.

Begitupun, menerusi temu bual bersama Pose, Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin, 59, memberikan bayangan seperti menunggu masa tepat untuk bertemu mata dengan kelompok media .

Entah demi mempertahankan diri atau buang yang keruh ambil yang jernih, sehingga hari ini belum ada tarikh pertemuan yang diputuskan.

Difahamkan, pertemuan santai tersebut hanya akan diadakan bersama beberapa media yang selama ini akrab dengannya.

Diam demi meredakan keadaan, Hattan turut mendedahkan insiden tempoh hari membuatkan dirinya semakin mengenali mana sahabat sebenarnya, siapa pula rakan yang ambil kesempatan tikam belakang.

“Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu kenalan rapat yang saya percayai,” katanya yang turut menegaskan kesihatan mentalnya masih baik walau berdepan kecaman dan ugutan.

Sebelum ini netizen tidak berpuas hati terhadap sikap ditunjukkan penyanyi Mahligai Syahdu itu yang selesa zip mulut, selain dikatakan enggan mengakui kekhilafan diri.

“I’m not interested (saya tak berminat),” itu sepatah ayat dikirimkan kepada Kosmo! sebaik potongan video berita Astro Awani tular di pelbagai platform.

Mengambil pendekatan menukar akaun Instagramnya kepada mode privasi, beliau juga dilihat meneruskan kehidupan seperti biasa termasuk bermain golf.

Malah, pendiriannya ketika ditemui media di sebuah majlis rumah terbuka baru-baru ini juga tetap sama iaitu enggan memberikan kenyataan.

Ini kerana selepas beberapa hari diperdebatkan, banyak komen ditinggalkan lebih berunsur kecaman.

Segelintir individu lain pula bertindak melampau apabila mengheret isterinya, Datin Arianie Abidin dan anak tunggal mereka, Adam Eiman dalam kemelut tersebut.

Bukan sekadar dihina dan disamakan seperti Firaun, mereka sekeluarga turut berhadapan ugutan bunuh serta dimomokkan dengan ilmu hitam.

“Setiap manusia melakukan kesilapan. Janganlah kita meninggalkan komen sehingga menimpulkan fitnah.

“Takut yang dianggap salah dapat pahala. Kita pula dapat dosa,” kata isterinya dalam hantaran di Instagram Story yang turut menyertakan paparan mesej individu dimaksudkan.

Menurut wanita yang bertindak sebagai pengendali Instagram Hattan, sengaja akaun tersebut ditukar ke mode privasi bagi mengelakkan lebih ramai khalayak menambah dosa.

Kemudian muncul pula seorang sahabat penyanyi itu yang mendakwa beliau tidak mengetahui wawancara dengan Nursyazwani Saiful Sham adalah secara langsung.

Tidak menunggu lama, penerbit eksekutif program berita terbabit, Ibrahim Sani membalas pihaknya memiliki bukti Hattan sudah diberi keterangan daripada pihak Astro Awani sebelum siaran langsung.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan tidak diberi ringkasan, atau fakta dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam dan bersikap sopan kalau program siaran langsung,” katanya.

Terdahulu, nama Hattan memanas sekali gus menjadi polemik selepas insiden menempelak penyampai berita yang didakwa tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.

Disebabkan insiden terbabit, beliau menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen yang menyifatkan dirinya tidak beradab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI