PETALING JAYA – Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan. Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Antony D’Angelus berkata, BNM tidak boleh bertindak secara berasingan dan perlu selaras dengan strategi ekonomi yang dirangka kerajaan. Menurutnya, BNM sebagai bank pusat negara perlu melaksanakan dasar berdasarkan keperluan dan kebaikan semua sektor masyarakat. “Tidak dapat dinafikan pengambilan risiko berlebihan perlu dibendung kerana kadar pinjaman……












