fbpx

Jurulatih bola ugut adik ipar dengan pisau ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Polis menahan seorang jurulatih bola sepak selepas disyaki mengugut adik ipar lelakinya disebabkan perselisihan faham di kediaman keluarganya di Taman Cheras Indah, di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 31 tahun itu pada mulanya datang ke kediaman keluarga mentuanya pada pukul 2 pagi Selasa lalu, sebelum diugut abang iparnya berusia 41 tahun yang bertindak menggunakan pisau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat kes ugutan jenayah di sebuah rumah Jalan Indah, Taman Cheras Indah, di sini, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas suspek di kediaman terbabit.

Menurutnya, punca kejadian adalah perselisihan faham dalam keluarga.

“Pihak polis juga telah merampas beberapa barang kes disyaki digunakan dalam kes ini. Semakan rekod jenayah lampau dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah tidak dikehendaki.

“Ujian saringan awal air kencing juga dapati negatif di mana suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI