fbpx

Remaja lelaki maut disyaki terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jawila meninjau lokasi kejadian seorang remaja ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun, Labuan semalam.

LABUAN – Mayat seorang remaja lelaki ditemui terbaring disyaki terkena renjatan elektrik dalam kejadian di laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, Mayat Ryandeigo Roselee, 18, ditemui abang mangsa sebelum menghubungi pihak polis pada pukul 12.05 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati abang mangsa keluar berjalan kaki bagi mencari adiknya berikutan tidak pulang ke rumah pada 11.30 malam sejurus selesai bekerja di sebuah hotel.

“Bagaimanapun, abang mangsa kemudiannya menemui adiknya terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki berkenaan disyaki terkena renjatan elektrik.

“Polis kemudiannya menghubungi Hospital Labuan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Perbadanan Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad memaklumkan pihak ambulans mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI