fbpx

Penduduk panik nasi kenduri ditanak 7 jam tidak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi yang ditanak di dalam periuk besar itu tidak masak setelah tujuh jam. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi panik penduduk sebuah kampung apabila nasi yang ditanak di dalam periuk selama tujuh jam tidak masak, lapor laman berita Liputan 6 hari ini. 

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @b_law_office.

Menurut pemilik akaun, penduduk keliru apabila nasi kenduri yang ditanak di dalam tiga periuk besar hampir seharian masih tidak masak walaupun api dinyalakan sudah besar.

Mereka kemudian melakukan pelbagai ikhtiar untuk memasak nasi tersebut seperti meletakkannya di atas dapur gas dan memasukkan air panas, tetapi masih gagal.

Sebilangan mereka mendakwa penyebab nasi itu tidak masak adalah kerana gangguan jin. 

Akhirnya, mereka dibantu seorang lelaki bernama Pak Yai Zainudin yang menggunakan ‘ikhtiar tradisional’. Nasi itu akhirnya masak selepas sejam ditanak semula.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Percaya atau tidak, ia turut berlaku di tempat saya” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI