fbpx

PMWP tawar semakan dan penentuan arah kiblat kepada premis awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Premis awam termasuk surau, masjid, pejabat kerajaan, hotel dan lain-lain bangunan komersial di Wilayah Persekutuan kini boleh memohon penentuan dan semakan arah kiblat menerusi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

PMWP menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pihaknya adalah badan bertanggungjawab menentukan dan menyemak arah kiblat di seluruh Wilayah Persekutuan terutama di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Menurutnya, pemilik dan pengurus premis boleh membuat permohonan melalui pautan https://ekiblat.muftiwp.gov.my/v4/index.php?timeOut=1.

“PMWP bertanggungjawab menentukan dan menyemak arah kiblat di surau, masjid, pejabat kerajaan dan swasta, stesen minyak, hotel, tanah perkuburan dan premis awam.

“Bagi permohonan penentuan kiblat di rumah kediaman atau persendirian, permohonan boleh dibuat melalui Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) menerusi pautan https://jurufalak.com/2018/12/27/perkhidmatan/,” katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Saidul (012-3654764) atau Ustaz Mustaqim (011-31551028) bagi kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur manakala, Ustaz Zaidan (091-7947083) atau Ustaz Ridzuan (019-9396124) bagi Labuan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI