fbpx

Mael XPDC di mana-mana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM MAEL XPDC

PEMERGIAN salah seorang legenda rock, Mael XPDC baru-baru ini turut dirasakan kehilangannya oleh peminat tegar rock dan penulis buku berkisar genre itu, Prof. Madya Dr. Muhammad Takiyuddin Ismail.

Biarpun diketahui mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi ‘seagresif dahulu’ sewaktu di pentas, Allahyarham diketahui tetap sedaya upaya bersama-sama XPDC mengadakan persembahan di serata tempat.

“Biarpun nama XPDC sudah dibawa oleh tiga kumpulan berbeza kini, tapi tidak ada vokalis yang lebih mendefinisikan XPDC selain Mael. Beliau mempunyai tarikan dan identiti tersendiri kerana banyak album terbaik XPDC dinyanyikan Mael. Beliau meletakkan satu tanda aras dan tidak ada siapa berjaya mengisi atau meniru ‘tone’ dan ‘feel’ beliau.

“Saya sering anggap XPDC merupakan antara lima kumpulan rock besar negara. Ketika kumpulan itu muncul pada 1990, babak rock mula mengendur. Ia XPDC + Mael yang berusaha keras untuk memastikan babak rock dan metal sentiasa hidup hinggalah kemuncaknya pada 1997 menerusi album Brutal. Kumpulan itu menjadi ‘penyelamat’ kepada muzik rock yang mula dibayangi babak alternatif dan juga ‘balada leleh’,” katanya.

MUHAMMAD TAKIYUDDIN menganggap XPDC salah satu daripada lima kumpulan rock terhebat Malaysia selain SYJ, Search, Wings dan Lefthanded.

Tambahnya, pada era kegemilangan XPDC, kumpulan itu berjaya mengumpulkan khalayak dan tidak ada fun fair yang tidak penuh jika XPDC mengadakan persembahan.

“Kerana itu, ada kemungkinan besar, setiap daripada kita sekurang-kurangnya pernah menonton satu konsert XPDC atau menyimpan satu album XPDC + Mael di rumah masing-masing.

“Mael dan XPDC mewakili era yang dilalui banyak generasi. Setiap kita ada nostalgia sendiri berdasarkan album yang dirakam beliau dan lagu-lagu dibawanya. Sama ada lagu metal atau balada, Mael ‘ada di mana-mana’.

Sejarah barangkali akan mengenali hanya satu XPDC apabila ia ditulis dan ia adalah XPDC yang diwakili oleh Mael,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI