fbpx

Dua tahun tunda, Sumpahan Jerunei tayang Julai 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGANGKAT isu budaya dan genre seram, Sumpahan Jerunei juga mengungkap misteri di sebalik ritual pengebumian penuh misteri masyarakat kaum Melanau di Sarawak.

DUA tahun tayangan tergendala disebabkan pandemik Covid-19, filem Sumpahan Jerunei akhirnya bakal menghantui pawagam pada Julai hadapan.

Diadaptasi daripada kisah benar mengenai sejarah kaum Melanau di Sarawak, penerbit filem tersebut, Datuk Nancie Foo berkata, sejarah misteri kisah itu akan dirungkai di pawagam tidak lama lagi.

Satu adegan daripada Sumpahan Jerunei membabitkan Uqasha Senrose, Daiyan, Amerul dan Syafie Naswip.

Melanau

Penerbitan filem terbabit mengupas rahsia di sebalik misteri adat pengebumian kaum itu yang menggunakan jerunei (sejenis keranda atau tempat persemadian) diperbuat daripada kayu belian bagi menempatkan individu yang menjadi mangsa pembunuhan tidak bertamadun itu.

“Karya ini merupakan kisah benar tentang budaya dan pihak produksi perlu melakukan kajian mendalam sebelum mendapat kebenaran daripada Majlis Adat Istiadat Sarawak untuk menjalani penggambaran filem.

“Kajian itu juga mengambil masa dua tahun dan kami siap membuat tesis untuk budaya dan sejarah Jerunei ini,” katanya kepada HibGlam pada sidang akhbar filem terbabit di ibu negara, baru-baru ini.

Handalan

Sumpahan Jerunei dibintangi barisan pelakon handalan tanah air seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.

Dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda, pihak produksi Seni 2020 turut mengadakan pertandingan reka bentuk poster khas buat pelajar di beberapa universiti tempatan.

Seorang lagi penerbit filem berkenaan, Datin Dr. Wendy Wong memaklumkan, poster yang terpilih akan dibawa bertanding menjelang ASEAN International Film Festival (AFIFA) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kalau kita buka kepada umum, pertandingan akan menjadi tidak adil kerana mereka yang profesional juga turut bertanding.

Pertandingan poster, terbuka buat pelajar

“Jadi, bila kita buka kepada pelajar agar kita boleh cungkil bakat malah kalau mereka menang poster ini melalui AIFFA bukan sahaja nama mereka dikenali tapi nama universiti akan disebut,” katanya.

Pertandingan poster tersebut akan berlangsung bermula 20 April sehingga 20 Mei 2023 ini yang melibatkan beberapa pelajar universiti terpilih.

Pemenang pertandingan turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 berserta telefon bimbit jenama Realme 3 Pro.

Tempat kedua hingga kelima juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berserta cenderahati.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan tersebut, boleh layari laman web www.seni2020.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI