fbpx

Tak mengapa, benda dah berlaku, saya tak boleh ulas – Penyampai Awani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYAMPAI Awani, Nursyazwani Saiful Sham menjadi sorotan netizen usai wawancara bersama Hattan berhubung pemergian Mael XPDC sejak semalam.

PETALING JAYA – “Tak mengapa, benda dah berlaku.”

Demikian jawapan ringkas diberikan pembaca berita sebuah stesen televisyen terkemuka bernama Nursyazwani Saiful Sham yang ‘disekolahkan’ penyanyi senior, Datuk Hatan dalam satu siaran langsung, semalam.

Nursyazwani ketika dihubungi Kosmo! Online meminta jasa baik orang ramai terutama rakan media untuk tidak lagi memanjangkan isu terbabit dan menganggap apa yang berlaku sebagai asam garam dunia kewartawanan.

“Terima kasih sebab hubungi. Saya tak boleh nak ulas apa-apa berkenaan perkara itu. Harap faham,” katanya.

Semalam, temu bual yang sepatutnya berlangsung secara santai itu bertukar menjadi tegang apabila Hattan atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Shahabudin dilihat tidak berpuas hati ketika diminta mengulas lirik-lirik lagu XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Seorang pengguna dalam TikTok menerusi perkongsian Salimiey Abu Bakar berpendapat, pembaca berita itu memiliki semangat yang kuat ketika bertugas.

“Kasihan wartawan tu. Saya tabik awak dik, kental semangat awak. Saya sokong awak,” kata netizen.

Perkongsian video terbabit meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan dan pelbagai komen ramai yang rata-rata tak berpuas hati dengan cara Hattan menjawab soalan pembaca beritu itu.

Kosmo! semalam melaporkan, vokalis kumpulan XPDC, Allahyarham Mael meninggal dunia di Hospital Muar, Johor sekitar pukul 9.30 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI