fbpx

PRG tambah kepentingan dalam saham Furniweb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRG akan memperluaskan portfolio perniagaannya ke dalam bidang hartanah. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – PRG Holdings Berhad (PRG) telah melaksanakan penyusunan semula  secara dalaman melalui pemindahan 50 unit  kondominium Picasso Residence ke dalam kepentingan 50.45 peratus yang dimiliki oleh Furniweb Holdings Limited (Furniweb).

Pemindahan itu akan melibatkan RM61.98 million melalui kombinasi tunai dan saham Furniweb. 

Eksesais tersebut akan menyaksikan saham PRG dalam Furniweb bertambah kepada 67.97 peratus dan dalam masa yang sama mengembang kepada portfolio perniagaan pelaburan hartanah.  

Menurut kenyataan PRG yang dikeluarkan, pemindahan unit kondominium ke dalam Furniweb adalah sebahagian daripada strategi korporat yang dilaksanakan oleh Kumpulan untuk menambah kepentingan dalam syarikat berkenaan.

“Kami yakin, usaha ini akan membawa pendapatan baharu kepada Furniweb dan Kumpulan PRG secara keseluruhannya.

“Melalui perniagaan daripada sektor perkilangan dan perniagaan tenaga boleh baharu dalam Furniweb serta tambahan perniagaan daripada bidang hartanah, kami berkeyakinan ini akan mengukuhkan lagi asas perniagaan dan seterusnya memberi pendapatan positif kepada pemegang taruh,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI